Cinta itu indah..jika cinta itu kerana ALLAH..kerana cinta itu akan
sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang
kamu cintai..
Rindu itu indah…jika rindu itu kerana
ALLAH…kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah
kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui…
Kegembiraan itu
indah..jika gembira itu kerana ALLAH…kerana gembira itu akan sampai
kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat
kamu gembira…
Sedih itu indah..jika sedih itu kerana
ALLAH..kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian
barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih…
Bosan
itu indah..jika bosan itu kerana ALLAH..kerana bosan itu akan sampai
kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu
bosankan…
Kesibukan itu indah..jika sibuk itu kerana
ALLAH..kerana kesibukan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian
barulah kepada apa sahaja yang kamu sibukkan…
Sakit itu
indah..jika sakit itu kerana ALLAH..kerana kesakitan itu akan sampai
kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyakitkan
kamu…
Benci itu indah..jika benci itu kerana
ALLAH..kerana kebencian itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian
barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu benci…
Kesusahan
dan derita itu indah..jika ia kerana ALLAH..kerana derita dan kesusahan
itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja
yang membuat kamu susah dan derita..
Maka, niatlah segala perasaan kita hanya untuk ALLAH..HANYA UNTUK MENDAPATKAN KEREDHAAN ALLAH...
JUJURLAH
kepada ALLAH..atas segala yang menimpa kamu...atas segala yang
diperbuatkan oleh kamu dan KEMBALIKANLAH SEGALA PERASAAN itu kepada
ALLAH kembali..kerana ALLAH jua lah yang memberi segala perasaan itu..
Jika
ia MEMBERI KEBAIKAN dan menghapuskan dosa-dosa untuk kamu,
menyempunakan diri kamu di kemudian hari, maka REDHALAH dengan perasaan
itu..mohonlah, berdoalah agar ALLAH perbaiki diri kamu...dan BERUSAHA
lah untuk MUHASABAH diri..cari di mana KELALAIAN kamu selama ini...dan
BERUSAHALAH memperbaiki diri...
Jika perasaan itu
MENAMBAHKAN DOSA-DOSA kamu, maka MOHONLAH DIHILANGKAN hanya kerana takut
akan MURKA, AZAB ALLAH di 'sana' nanti..
SERAHLAH DIRI
kepada ALLAH..dalam APA sahaja yang berlaku kepada kamu..InsyaALLAH,
ALLAH akan mengembalikan kembali perasaan-perasaan kamu itu mengikut apa
yang TERBAIK untuk kamu…
Percayalah,ALLAH TIDAK PERNAH menyiksa kamu,kerana bukan itu tujuan kamu diciptakan..
ALLAH sentiasa merindui dan mencintai kamu,hamba-hambaNYA ,lebih dari segala manusia yang ada di muka bumi ini...
ALLAH
memberi perasaan-perasaan itu untuk memberi 'isyarat' CINTA dan KASIH
SAYANG NYA untuk kamu KEMBALI kepada NYA...kembali tenang HANYA jika
BERSAMANYA...
JIka masih belum ketemui 'keindahan' itu,
sekurang-kurangnya kamu mendapat REDHA ALLAH..kerana kamu MENGINGATI DIA
dan BERNIAT HANYA KERANA DIA di setiap apa sahaja yang menimpa kamu...
Apakah
yang lebih bernilai dari REDHA ALLAH? dari RAHMAT ALLAH? dari
KETENANGAN daripada ALLAH? dari perasaan KEINDAHAN hanya dengan
'BERSAMA' ALLAH?
Insya ALLAH, kamu, kita semua akan ketemu ‘keindahan’ itu…jika kerana ALLAH...percayalah…
Aamiin Ya Rabbal Alamin..
Referensi Lainnya : http://kembanganggrek2.blogspot.com/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar